PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH RENDAH

                                                                    PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH RENDAH

Apakah itu sosiobudaya?

Sosiobudaya merujuk kepada norma, nilai, dan interaksi sosial dalam sesebuah masyarakat atau organisasi, termasuk sekolah. Ia juga berkaitan dengan hubungan masyarakat dan budaya, seperti cara hidup serta adat istiadat (Kamus Dewan Edisi Keempat). Dalam konteks pendidikan, sosiobudaya memainkan peranan penting dalam membentuk proses pembelajaran, tingkah laku, dan perkembangan pelajar. Selain itu, perkembangan sosiobudaya turut mempengaruhi pembentukan identiti murid. Sekolah berfungsi sebagai platform integrasi bagi pelajar daripada pelbagai etnik dan budaya, sekali gus memberi kesan terhadap pencapaian akademik serta perkembangan sahsiah mereka. Arus globalisasi telah membawa perubahan dalam aspek sosiobudaya menjadikan persikitaran sekolah lebih inklusif dan progresif.

 

Bagaimanakah perkembangan sosiobudaya di sekolah rendah?

Perubahan sosiobudaya boleh dilihat melalui hubungan sosial yang lebih terbuka. Interaksi sosial yang lebih luas dalam kalangan murid-murid merupakan elemen utama untuk pembentukan  budaya sekolah yang kondusif dan inklusif. Sebagai contoh, kerajaan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan dasar Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Tujuan dasar ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara murid yang terdiri daripada pelbagai latar berlakang, etnik dan agama. Tambahan pula, program ini juga dapat membentuk perpaduan yang seterusnya mewujudkan persekitaran yang lebih harmoni dan dapat mengurangkan prasangka antara  kaum.

Selain itu, budaya pembelajaran yang lebih interaktif kerana tidak lagi  tertumpu kepada penggunaan buku teks dan sistem peperiksaan tetapi lebih menyeluruh.  Misalnya, kewujudan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) semakin diterapkan dalam proses pembelajaran murid  kerana menggalakan pembelajaran secara aktif dan eksporatif. Dalam Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) ini, murid akan diberikan tugasan untuk menyelesaikan masalah sebenar seperti projek kesedaran alam sekitar yang membantu murid membina keupayaan berfikir secara lebih kritis  dan kreatif. Tambahan pula, pelaksanaan PBL ini juga sekaligus menerapkan kemahiran isaniah murid seperti kerja berpasukan , komunikasi dan penyelesaian masalah.

Seterusnya, penerapan nilai murni dan displin dalam kalangan murid turut mengalami perubahan selari dengan perkembangan sosiobudaya sekolah. Penerapan nilai tersebut boleh dilakukan dengan  program Sekolah Selamat yang diperkenalkan untuk memastikan persekitaran sekolah bebas daripada buli atau masalah sosial. Bukan itu sahaja, penerapan juga boleh dilakukan semasa pembelajaran pendidikan Moral dan pendidikan Islam. Dalam mata pelajaran ini, murid-murid bukan sahaja diajar mengenai teori tetapi juga diajar tentang amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian mereka. Maka dalam penerapan ini, peranan guru dan ibu bapa sangat penting dalam membimbing serta memberi contoh yang baik dalam pembentukan akhlak murid. Tingkah laku murid  banyak dipengaruhi pemerhatian dan interaksi persekitaran (Bandura, 1986).

Selanjutnya, pengunaan teknologi dalam pendidikan juga tidak dapat dinafikan dalam perkembangan sosiobudaya. Penggunaan teknologi dalam pembelajaran  telah memberi pengaruh yang besar kepada murid-murid.Sebagai contoh, sebuah penelitian menunjukkan bahwa integrasi teknologi dalam pembelajaran dapat meningkatkan kemampuan literasi dan numerasi pelajar di sekolah dasar yang merupakan asas penting dalam perkembangan akademik mereka. Selain itu, gamifikasi merupkan  penerapan elemen permainan dalam pembelajaran yang dapat meningkatkan motivasi dan keterlibatan pelajar sekaligus meningkatkan hasil belajar mereka.Namun, kebergantungan yang sepenuhnya kepada teknologi juga dapat memberi impak negatif kepada murid terutamanya dari segi perhatian dan kemahiran sosial murid.

Kesimpulannya, perkembangan sosiobudaya di sekolah rendah telah mengalami perubahan yang signifikan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Dengan usaha yang pelbagai dan berterusan akan dapat membentuk pelajar yang lebih berempati, inklusif, dan berintengriti. Usaha ini tidak hanya dapat mempengaruhi prestasi akdemik tetapi juga membentuk masyarakat yang lebih harmoni dan berdaya saing.

 


Comments